Konsul Jeneral telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Pongsak Yingchoncharoen, Datuk Bandar Wilayah Yala dan delegasi pada hari Khamis, 21 Disember 2023 jam 11.00 pagi. Encik Pongsak Yingchoncharoen telah menjadi Datuk Bandar di Wilayah Yala hampir 20 tahun dan aktif dalam menganjurkan pelbagai program bagi meningkatkan ekonomi masyarakat di Wilayah Yala. Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa perbincangan yang dibuat banyak memberi manfaat terutamanya peluang yang disediakan kepada Malawakil Songkhla untuk mempergiatkan usaha dalam meningkatkan imej Malaysia dalam bidang budaya, pelancungan, ekonomi, pendidikan dan sosial di Selatan Thailand.
