Mission News

KUNJUNGAN HORMAT OLEH DR. JESSADA CHUNGPAIBULPATANA PENGARAH HOSPITAL RAJYINDEE, HATYAI

11 January 2024 1 views

Konsul Jeneral telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Hospital Rajyindee, Hatyai pada jam 10.30 pagi bertempat di bilik mesyuarat utama Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand. Dr. Jessada Chungpaibulpatana selaku Pengarah Hospital Rajyindee Hatyai telah mengetuai delegasi dan diiringi oleh beberapa pegawai kanan hospital. Hasil interaksi kedua-dua pihak, banyak peluang dan ruang boleh diterokai terutama berkaitan perkhidmatan kesihatan untuk faedah rakyat Malaysia yang berkunjung ke Hatyai khasnya. Pihak hospital juga telah mengemukakan cadangan untuk menjemput Konsul Jeneral bagi memberi ceramah berkaitan perkhidmatan perubatan di Malaysia kepada kakitangan hospital Rajyindee disamping melawat fasilitasi yang disediakan oleh pihak hospital. Penghormatan yang diberikan menunjukkan Malaysia sentiasa menjadi keutamaan oleh pihak industri terutama di Selatan Thailand.

   

Share:
Link copied to clipboard
Back