Konsul Jeneral telah mengadakan pertemuan dengan Prof. Dr. Thakerng Wongsirichot, Vice President for Academic and International Affairs, Prince Songkhla University (PSU) Hatyai dan delegasi pada jam 11.30 pagi bertempat di bilik mesyuarat utama Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand. Pertemuan ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai program pihak pengurusan universiti bagi tahun 2024. Pertemuan yang berlangsung antara kedua-dua pihak dapat memberikan input-input yang berguna kepada Malawakil Songkhla dalam persediaan bagi penglibatan pihak-pihak yang berkenaan untuk program yang dapat menaikkan imej Malaysia di kawasan seliaan Malawakil Songkhla.
