Konsul Jeneral Malaysia, Encik Muhammad Ridzuan Abu Yazid telah menerima kunjungan hormat oleh YB. Dato’ Haji Yahaya bin Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu dan YB. Dato’ Abdullah bin Ya’kub, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 16 Disember 2022 bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla. Semasa kunjungan tersebut, Konsul Jeneral dan tetamu-tetamu turut bertukar pandangan dan berkongsi idea bagi jalinan hubungan antara Negeri Kelantan dan Terengganu dengan Wilayah Selatan Thailand dari segi ekonomi, pendidikan dan pelancongan.

