Mission News

MAJLIS IFTAR BERSAMA TYT DUTA BESAR MALAYSIA DAN ALUMNI PELAJAR UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA DI BAWAH PROGRAM MTCP

27 April 2022 1 views

Pada 19 April 2022, TYT Duta Besar Malaysia, Dato’ Jojie Samuel telah meraikan Majlis Iftar bersama Alumni universiti di Malaysia, di Alfahad Hotel, Hat Yai. Majlis tersebut telah dihadiri oleh alumni dari Selatan Thailand yang pernah mengikuti program pengajian di bawah kelolaan MTCP di Malaysia.  Kebanyakan ahli Alumni ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah di universiti tempatan di Selatan Thailand.  Majlis dimulai dengan kata-kata aluan daripada TYT Dato’ Jojie Samuel, diikuti dengan ucapan balas daripada wakil alumni MTCP, Dr. Ku Majdii Yamirudeng.  Para Alumni menyambut baik majlis yang julung-julung kali diadakan. Daripada maklumbalas yang diterima, para Alumni berharap agar ianya dapat diteruskan pada masa hadapan dan seterusnya dapat merapatkan hubungan antara Alumni dan pihak Konsulat pada masa hadapan.

Share:
Link copied to clipboard
Back