Mission News

PERTEMUAN DENGAN POL.LT.COL. PHADERMDETCH MANGKHANG CHIEF OF SADAO CUSTOMS HOUSE

19 January 2024 1 views

Konsul Jeneral bersama dengan Konsul DSP Mohd Yasri Daud, telah mengadakan pertemuan dengan Pol.Lt.Col. Phadermdetch Mangkhang, Chief of Sadao Customs House pada jam 10.30 pagi. Perjumpaan yang diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara pihak MW Songkhla dengan pihak berkuasa kastam Thailand di Sadao. Pertemuan ini juga adalah untuk mendapatkan perkembangan terkini projek jajaran jalan antara CIQ Sadao dan ICQS Bukit Kayu Hitam. Perbincangan dan sesi perkongsian maklumat yang diadakan telah memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk saling memahami dan mendapat faedah yang mana ianya akan memberi ruang kepada Konsulat Jeneral untuk memperluaskan jaringan dan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia terpelihara semasa melawat Selatan Thailand amnya.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back