Konsul Jeneral telah mengadakan pertemuan dengan Pol.Lt.Col. Sakanan Komsai, Chief Inspector of Hatyai Tourist Police pada jam 10.30 pagi. Perjumpaan yang diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara pihak Tourist Police Hatyai dan Konsulat Jeneral disamping sesi suai kenal memandangkan Pol.Lt.Col Sakanan Komsai baru sahaja dilantik sebagai Chief Inspector Hatyai Tourist Police yang baru. Konsul Jeneral mengalu-alukan lawatan yang dibuat oleh Pol.Lt.Col. Sakanan Komsai ke Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan berharap kedua-dua pihak dapat bekerjasama rapat terutamanya berkaitan hal-ehwal pelancong rakyat Malaysia yang melawat Hatyai dan kawasan sekitar.
