Songkhla, 12 Oktober 2025 – Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025. Program ini disertai oleh seluruh warga konsulat bersama ahli keluarga dengan objektif memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Program bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari (waktu tempatan) dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk senaman aerobik, brisk walk, dan perlawanan bola tampar melibatkan penyertaan aktif warga konsulat. Suasana program berlangsung dalam keadaan ceria dan penuh semangat kekitaan.
Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuh semangat kebersamaan, malah menyokong aspirasi Hari Sukan Negara dalam membudayakan gaya hidup aktif. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla terhadap kesejahteraan fizikal dan mental warga kerja serta pembentukan persekitaran kerja yang positif dan harmoni.


