Sempena bulan Syawal yang mulia dan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih terasa, Malawakil Songkhla mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan program ‘Rumah Terbuka’ sempena Hari Raya Aidilfitri 2024. Majlis ‘Rumah Terbuka’ bermula pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai lebih kurang 88 orang tetamu yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Selatan Thailand, pegawai dan keluarga HBS, KAT, pihak berkuasa tempatan dan Konsul Indonesia di Songkhla serta pegawai telah hadir pada majlis berkenaan. Juadah seperti Kambing Golek, Nasi Arab, satay ayam/lembu, masak lodeh, rendang ayam/daging, lemang, ketupat pulut, nasi impit dan pelbagai juadah lagi dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.
