Mission News

Program "Global Halal Forum 2025" (World HAPEX 2025)".

04 August 2025 1 views

Pada 1 Ogos 2025, Encik Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, telah dijemput sebagai penal jemputan dalam Program "Global Halal Forum" yang diadakan sempena World Halal Products and Exhibition 2025 (World HAPEX 2025). Forum ini telah berlangsung di International Convention Center (ICC), Prince of Songkhla (PSU), Kampus Hat Yai, Songkhla, serta menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dari sektor kerajaan, industri, dan akademik bagi membincangkan perkembangan serta cabaran dalam industri halal serantau dan global.

 

Dalam sesi tersebut, Konsul Jeneral telah berkongsi pandangan mengenai peranan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia, termasuk inisiatif dan dasar kerajaan dalam menyokong pembangunan ekosistem halal yang mampan. Beliau menekankan pentingnya kerjasama serantau dalam meningkatkan pensijilan halal, inovasi produk, serta pengiktirafan bersama antara negara. Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan kerjasama antarabangsa dalam mewujudkan rantaian nilai halal yang bersepadu merangkumi perluasan pasaran produk halal ke pasaran dunia terutamanya di negara-negara ASEAN. Beliau juga menekankan bahawa Malaysia bukan sahaja komited dalam membangunkan ekosistem halal yang mampan, malah terus aktif mempromosi diplomasi ekonomi halal sebagai sebahagian daripada agenda kepengerusian ASEAN 2025.  Penyertaan Konsul Jeneral Malaysia dalam forum ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh diplomasi ekonomi dan mempromosikan industri halal di peringkat antarabangsa.

Share:
Link copied to clipboard
Back