Pada 27 Julai 2023, Konsul Jeneral telah menerima kunjungan hormat daripada Bapak Darianto Harsono, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Istanbul.
Bapak Darianto baru sahaja tiba di Istanbul pada minggu lalu untuk memulakan tugasan sebagai Konsul Jeneral Republik Indonesia di Istanbul. yang baharu.
Semasa pertemuan ini yang berlangsung selama satu jam, Konsul Jeneral telah bertukar pandangan mengenai kerjasama erat Malaysia-Indonesia, promosi ASEAN, dan hal ehwal kebajikan rakyat negara masing-masing di Turkiye.


