Menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, YBhg Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi dan delegasi CGSO di KJM Istanbul dan Tourism Malaysia Istanbul.
Lawatan ini merupakan pemantauan secara berterusan terhadap pematuhan langkah-langkah keselamatan di dalam dan di luar waktu operasi ke arah meningkatkan kualiti keselamatan perlindungan, serta keselamatan fizikal premis kerajaan di luar negeri.
Turut hadir ialah Encik Mohd Radzi bin Jamalluddin, Pengarah Bahagian Sasaran Penting & Kawasan Larangan Tempat Larangan CGSO dan Puan Norlizah Jahaya, Pengarah TM Istanbul.

