Mission News

Sambutan Hari Raya Aidilitri 2013

09 January 2014 1 views

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada 25 Ogos 2013, satu Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di kediaman rasmi Konsul Jeneral, Ho Chi Minh City bermula jam 12.00 tengahari sehinga 4.00 petang untuk meraikan hari raya bersama-sama rakyat Malaysia yang menetap di Ho Chi Minh City dan di selatan Vietnam.

 

Bagi Majlis Rumah Terbuka kali ini,  Konsulat Jeneral Malaysia Ho Chi Minh City telah menerima kunjungan lebih seramai lebih dari 400 orang berbanding 250 pada majlis yang sama tahun lepas.  Jempuan tetamu adalah terdiri daripada Konsul Jeneral-Konsul Jeneral / Consular Corp / wakil-wakil Kerajaan Tempatan dan tentunya rakyat Malaysia.

 

Pelbagai juadah tradisional telah disediakan buat semua tetamu yang hadir untuk majlis tersebut.  Antara juadah-juadah yang disajikan adalah ketupat, lemang, rendang daging, nasi briyani, ayam masak merah, asam laksa, roti canai, sate ayam dan daging, kuih karipap serta macam-macam lagi juadah yang lazat untuk dinikmati oleh para tetamu.

 

Hubungan erat di antara Konsul Jeneral bersama-sama rakyat Malaysia yang lain dapat dijalinkan melalui aktiviti sebegini.

 

Kerjasama dari semua pihak yang telah menjayakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Konsulat Jeneral Malaysia Ho Chi Minh City amatlah dihargai.

 

Semoga sokongan dan hubungan erat ini dapat dikekalkan sampai bila-bila.

 

Terima kasih.

 

 

Pandangan dari hadapan

 

Pandangan dari Hadapan.

 

 

Bersama Konsul Jeneral Russia (Deputy Dean of Consular Corp)

 

 

Bersama Konsul Jeneral Singapura

 

 

Bersama Konsul Jeneral Australia dan Honorary Konsul Finland

 

 

Para tetamu yang hadir

 

 

 

 

Roti Canai disediakan mengikut tempahan tetamu pada hari itu

 

 

Kuih Seri Muka

 

 

Antara Juadah yang dihidangkan

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back