TYT Syed Hasrin menghoskan majlis makan malam semasa Festival Makanan Malaysia di Hotel Hilton Abu Dhabi Corniche pada 27 Ogos 2017. Majlis makan malam tersebut dihadiri oleh Duta Besar Indonesia dan isteri; Duta Besar Vietnam dan isteri; Duta Besar Bangladesh dan isteri; Duta Besar Somalia; dan Kuasa Usaha Sementara Brunei Darussalam dan isteri.