TYT Ambassador Syed Md Hasrin bin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Berstau, telah menghadiri majlis penyerahan watikah yang diadakan pada 2 Julai 2017 di Presidential Palace, Abu Dhabi. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Duta-Duta yang baru tiba dari Oman, Mexico, Maldives, Sepanyol, Brazil, Perancis dan Costa Rica. Para Duta menyerahkan watikah pelantikan masing-masing kepada H.H. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu, Pemerintah Dubai.