Pasar malam pada 11 Januari 2013 (Jumaat) bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia dan rakyat asing yang tinggal dan bekerja di Abu Dhabi. Berbagai juadah dari Malaysia laris dijual seperti sate, nasi lemak, mee rebus, kuih muih dsb. Tujuan pasar malam ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara masyarakat Malaysia yang menetap di Abu Dhabi dan U.A.E. |
Suasana pasar malam di Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi yang dikunjungi oleh ramai rakyat Malaysia terutamanya dari Abu Dhabi dan Dubai. |
Duta Besar Malaysia ke U.A.E. Dato’ Ahmad Anwar Adnan sedang menikmati juadah bersama rakyat Malaysia di pasar malam di Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi. |
Mission News
PASAR MALAM 1/2013 PADA 11 JANUARI 2013
28 March 2013
1 views