Mission News

PENGUMUMAN: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-61

22 August 2018 1 views

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia di Abu Dhabi,

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 pada 31 Ogos 2018, bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi.

Sehubungan dengan ini, tuan/ puan adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini. Bagi tuan/ puan yang berminat menghadiri majlis ini, dipohon kerjasama untuk mengesahkan kehadiran tuan/ puan melalui mesej FB atau e-mel mwabudhabi@kln.gov.my beserta Nama, Bilangan, Nombor Telefon, Nombor Pendaftaran Kenderaan (untuk urusan parkir) selewat-lewatnya 29 Ogos 2018 (Rabu).

Kerjasama dan perhatian tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Kedutaan Besar Malaysia
Abu Dhabi

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back