Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA, ABU DHABI, 8 OKTOBER 2016

08 October 2016 1 views

 

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi telah menganjurkan program Hari Sukan Negara 2016 bertempat di Al Bateen Beach. Program ini telah dihadiri oleh hampir 100 orang rakyat Malaysia di Abu Dhabi. Aktiviti yang telah diadakan termasuklah senamrobik, sukaneka, bola tampar pantai dan bola sepak pantai. Hadirin juga dijamu dengan jamuan ringan semasa program tersebut diadakan. Sekali lagi Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi ingin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan sokongan semua terhadap program yang dianjurkan. 

Share:
Link copied to clipboard
Back