Mission News

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB MENTERI LUAR NEGERI MENGENAI GEMPA BUMI DI WILAYAH SICHUAN, REPUBLIK RAKYAT CHINA PADA 20 APRIL 2013

22 April 2013 1 views

 KENYATAAN AKHBAR OLEH YB MENTERI LUAR NEGERI MENGENAI GEMPA BUMI DI WILAYAH SICHUAN, REPUBLIK RAKYAT CHINA PADA 20 APRIL 2013

 

Kerajaan Malaysia ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Rakyat China dan keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian gempa bumi yang telah berlaku di Wilayah Sichuan pada hari Sabtu, 20 April 2013.

 

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi tersebut.

 

Kementerian Luar Negeri akan terus memantau situasi terkini di kawasan yang terlibat dan menyarankan agar semua rakyat Malaysia di Wilayah Sichuan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming seperti di butiran berikut:

 

En. Mohamad Nasri Abdul Rahman

Konsul Jeneral

Unit 403, 4th Floor Tower B

South Asia Top City Building

Dianchi Road, Kunming

Tel : +86 871 316 5088

http://www.kln.gov.my/web/chn_kunming/home

 

     
     
   

 

 

MENTERI LUAR NEGERI

PUTRAJAYA

 

21 APRIL 2013

Share:
Link copied to clipboard
Back