Pada 16 Jun 2009, Siaran Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) telah mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 di Kerry Centre, Beijing. Selain daripada Presiden CRI Encik Wang Gengnian, TYT Dato’ Syed Norulzaman turut diberikan penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah PYT Magdalene Teo, Duta Besar Brunei Darussalam ke China dan Puan Foo Teow Lee, Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Republik Singapura di Beijing.
CRI yang ditubuhkan pada Disember 1941, merupakan satu-satunya stesen radio Kerajaan Republik Rakyat China yang mengadakan siaran ke seluruh dunia, dalam usaha meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara China dengan negara-negara lain di dunia. Pada 1 Mac 1959, CRI memulakan siarannya dalam bahasa Melayu. Siaran ini boleh didengar di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, serta sebahagian kawasan di Indonesia dan selatan Thailand.
TYT Dato' Syed Norulzaman bersama Presiden CRI Encik Wang Gengnian sebelum majlis bermula
TYT Dato' Syed Norulzaman menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Untuk teks ucapan penuh, sila layari laman web http://malay.cri.cn/504/2009/05/26/Zt181s98931.htm