Mission News

NASIHAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGENAI PERKEMBANGAN CORONAVIRUS

25 January 2020 1 views

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI REPUBLIK RAKYAT CHINA

BEIJING

 

Kepada semua rakyat Malaysia di China,

 

PERKEMBANGAN MENGENAI CORONAVIRUS DI CHINA

 

Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat-Konsulat Jeneral di Republik Rakyat China sedang memantau wabak kes-kes radang paru-paru (pneumonia) yang disebabkan oleh novel koronavirus di Wuhan dan di lokasi-lokasi lain di China. Pihak berkuasa yang berkaitan di China sedang mengambil beberapa langkah pencegahan dan kawalan untuk menangani keadaan tersebut, termasuk langkah-langkah yang telah diperketatkan untuk perjalanan masuk dan keluar bagi kawasan-kawasan yang terjejas.

 

Oleh yang demikian, Kedutaan ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia di China untuk agar mengikuti perkembangan semasa, melalui media tempatan serta laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (http://www.moh.gov.my/), Suruhanjaya Kesihatan Negara Republik Rakyat China (http://en.nhc.gov.cn/), dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (https://www.who.int/).

 

Semua rakyat Malaysia harus mematuhi peraturan saringan kesihatan tempatan yang berkaitan di China, dan mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke Wuhan. Rakyat Malaysia yang tinggal di China atau yang bercadang melancong ke atau keluar dari China juga adalah digalakkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, seperti berikut:

- Memakai topeng muka sekiranya berada di luar atau jika tidak sihat;

- Menutup mulut dengan tisu apabila batuk dan bersin;

- Mengamalkan kebersihan peribadi, dan kerapkan mencuci tangan dengan sabun;

- Mengelakkan dari kawsan sesak serta berhampiran dengan individu yang kelihatan sakit;

- Mengelakkan daripada menyentuh haiwan hidup atau mati, termasuk daging yang kurang masak atau mentah, tanpa perlindungan;

- Mendapatkan bantuan perubatan segera sekiranya berlaku gejala pernafasan.

 

Bantuan konsular akan terhad disebabkan musim perayaan Tahun Baru Cina serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan. Kedutaan ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia di luar negara atau yang sedang merancang untuk melancong ke luar negara supaya berdaftar melalui perkhidmatan e-Konsular Kementerian Luar Negeri Malaysia di https://ekonsular.kln.gov.my/.

 

Kedutaan Besar Malaysia akan ditutup untuk Tahun Baru Cina dari 25 hingga 28 Januari 2020. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia di China masih boleh menghubungi Kedutaan di Beijing atau Konsulat-Konsulat Jeneral Malaysia terdekat di Shanghai, Guangzhou, Kunming, Nanning, Xi 'an dan Hong Kong.

 

Kedutaan Besar Malaysia di Beijing

E-mel: mwbeijing@kln.gov.my

Tel. : +861065322531 (waktu pejabat) / +8618513665810 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai

E-mel: mwshanghai@kln.gov.my

Tel. : +862160900360 (waktu pejabat) / +8613611763879 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou

E-mel: mwguangzhou@kln.gov.my

Tel. : +862038770763 (waktu pejabat) / +8618802087683 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming

E-mel: mwkunming@kln.gov.my

Tel. : +8687163165088 (waktu pejabat) / +8618487341474 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning

E-mel: mwnanning@kln.gov.my

Tel. : +867715662562 (waktu pejabat) / +8615977783818 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an

E-mel: mwxian@kln.gov.my

Tel. : +862989568478 (waktu pejabat) / +8615229089757 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia in Hong Kong

E-mel: mwhongkong@kln.gov.my

Tel. : +85228210800 (waktu pejabat) / +85269006390 (selepas waktu pejabat)

 

24 Januari 2020

 

Share:
Link copied to clipboard
Back