Avian Flu Virus H7N9
(Virus Selsema Burung H7N9)
The Ministry of Health Malaysia advice the public:
(Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang awam seperti berikut):
a) Avoid visiting live bird or poultry markets whenever visiting countries with confirmed cases of avian influenza.
(Mengelakkan mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup bila mengunjungi negara-negara yang terlibat dengan jangkitan avian influenza)
b) Travelers back from Anhui, Jiangsu, Henan, Zhejiang, Beijing and Shanghai, China with symptoms of fever, cough and difficulty breathing to wear mask and seek treatment urgently to the nearest health clinics or hospitals and inform your doctor about your recent travel to China.
(Mereka yang pulang dari wilayah Anhui, Jiangsu, Henan, Zhejiang, Beijing dan Shanghai, China dengan gejala pernafasan dinasihatkan untuk memakai topeng muka (mask) dan segera mendapatkan rawatan perubatan dan memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor)
c) Do not touch any birds or animals found death without self-protective gears. Inform about any unexplained birds or animals death to the local Veterinary offices.
(Tidak memegang unggas yang ditemui mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar yang terdekat).
d) For the poultry farmers always practice and follow Department of Veterinary Services guidelines and advice.
(Bagi penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa patuh kepada nasihat dan panduan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar)
e) Always practice high level of hygiene and cleanliness by washing your hands often using soap and water or with hand sanitizer containing at least 60 % alcohol, especially after
coughing or sneezing.
(Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin)
f) To seek treatment urgently from nearest clinic when develop influenza-like illness (ILI), especially for those handling birds or poultry.
(Mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan segera apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI), terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas).
g) Report any ILI cluster to the nearest District Health Office.
(Melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat)
Disediakan oleh:
Kementerian Kesihatan Malaysia
16 April 2013