PERWAKILAN Guangzhou telah menganjurkan Hari Keluarga pada 29 Mei 2011 bertempat di Furong Resort Park, Huadu, Guangzhou. Ahli-ahli PERWAKILAN Guangzhou juga telah disertai oleh Pegawai dan kakitangan HBS Konsulat Jeneral Malaysia serta anak-anak mereka. Tujuan Hari Keluarga ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli-ahli PERWAKILAN dengan keluarga mereka disamping beriadah bersama keluarga. Kesemua peserta Hari Keluarga tersebut amatlah gembira dengan aktiviti-aktiviti sewaktu hari tersebut terutamanya dengan aktiviti di air terjun Furong. Memandangkan kepada sambutan yang amat baik, PERWAKILAN Guangzhou bercadang untuk mengajurkan satu lagi Hari Keluarga apabila berkesempatan pada tahun ini.