HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN UNDANGAN N.20 SUNGAI BAKAP, PULAU PINANG TELAH MULA DIBUKA PADA 6 JUN 2024 (KHAMIS) DAN AKAN DITUTUP PADA 13 JUN 2024 (KHAMIS)
Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
-
Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang; dan
-
Tinggal di luar negara.
Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my/.
Maklumat lanjut berkaitan pilihan raya kecil ini juga boleh diperoleh melalui pautan di https://www.spr.gov.my/ms/permohonan-undi-pos-pilihan-raya-kecil-prk-dewan-undangan-n20-sungai-bakap-pulau-pinang.