KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI DUNIA KE 26 SHENZHEN, CHINA 2011
UNIVERSIADE 2011
Kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) Ke-26 akan berlangsung dari 12 sehingga 23 Ogos 2011 di Shenzhen, Wilayah Guangdong, Republik Rakyat China. Kontinjen Malaysia akan disertai oleh seramai 126 orang athlit dan 51 orang pegawai dalam 13 acara sukan iaitu:
1. Akuatik Renang
2. Akuatik Terjun
3. Badminton
4. Berbasikal
5. Bolasepak
6. Catur
7. Gimnastik
8. Golf
9. Lawan Pedang
10. Memanah
11. Menembak
12. Olahraga; dan
13. Taekwondo
Bagi memeriahkan lagi Kejohanan Sukan Universiade Ke-26 ini, terutamanya dalam memberi sokongan kepada Kontinjen Universiade Malaysia, semua rakyat Malaysia yang bermastautin di sekitar Guangzhou, Foshan, Dongguan, Shenzhen, Zhuhai dan lain-lain bandar berdekatan adalah digalakkan untuk hadir ke kejohanan Sukan Universiade untuk memberikan sokongan serta semangat kepada athlit-athlit Malaysia yang akan mengambil bahagian.
Kehadiran rakyat Malaysia dalam memberikan sokongan akan menguatkan lagi semangat athlit–athlit Malaysia untuk memenangi pingat dan seterusnya mengharumkan nama MALAYSIA.
Malaysia Boleh!
1 Malaysia!
Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut:
http://www.sz2011.org/Universiade/