Mission News

LAWATAN KELUARGA ANJURAN PERSATUAN WANITA KONSULAT JENERAL (PERWAKILAN GUANGZHOU)

19 June 2012 1 views


 

Persatuan Wanita Konsulat Jeneral Guangzhou (PERWAKILAN) telah menganjurkan Lawatan Keluarga untuk semua keluarga warga Konsulat Jeneral pada 16-17 Jun 2012 bertempat di Daerah Huadu, Guangzhou. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah perkelahan, renang, bersampan, fotografi, sambutan hari lahir kanak-kanak, BBQ, nyanyian, memancing, senam tari, acara keraian untuk ahli PERWAKILAN dan Kakitangan yang akan tamat bertugas di Guangzhou. Lawatan Keluarga tersebut telah dapat merapatkan lagi hubungan diantara ahli-ahli PERWAKILAN dan Kakitangan Pejabat Konsulat Jeneral.

 

 

 

 

Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, En. Francisco Munis dalam ucapannya telah menegaskan bahawa sumbangan ahli-ahli PERWAKILAN terhadap usaha-usaha menaikkan imej Negara di Guangzhou serta memupuk semangat muhibbah di kalangan keluarga-keluarga Malaysia di Guangzhou amatlah dihargai. Beliau juga telah mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada ahli PERWAKILAN dan Kakitangan HBS yang akan tamat perkhidmatan di Guangzhou.

 

 

Ahli-ahli PERWAKILAN yang diketuai oleh Pn. Pengerusinya, Pn. Patricia L. Lojiu telah juga menyampaikan penghargaan serta hadiah kepada Pn. Rohani Bahudin dan Pn. April Choong yang telah banyak memberikan sumbangan kepada PERWAKILAN Guangzhou. PERWAKILAN Guangzhou juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai-pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada PERWAKILAN Guangzhou.

 


Share:
Link copied to clipboard
Back