Mission News

MAJLIS INTERAKSI KETUA/WAKIL PELAJAR MALAYSIA DENGAN KONSUL JENERAL MALAYSIA (Available in Bahasa Malaysia Only)

21 November 2011 1 views

 

Gambar 1: Para Ketua/Wakil Pelajar bergambar dengan Konsul Jeneral

 

Konsulat Jeneral Malaysia, Guangzhou telah menganjurkan satu Majlis Bersama Pelajar Malaysia pada 11 November 2011, Jam 7 malam bertempat di Hotel Shangri-La, Guangzhou. Seramai 35 Ketua/Wakil Pelajar yang mewakili lebih 100 orang pelajar-pelajar Malaysia daripada pelbagai Universiti di Guangdong telah hadir ke Majlis tersebut. Sambutan yang diberikan oleh para Ketua/Wakil pelajar ini amatlah baik dan telah merapatkan lagi hubungan mereka dengan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou.
 
Gambar 2: Sessi Interaksi dengan Konsul Jeneral
 
Sewaktu Majlis tersebut pelajar-pelajar telah diberikan taklimat mengenai perkembangan di Malaysia dan penerangan berkaitan isu-isu Konsular dan pendidikan. Pelajar-pelajar tersebut juga telah berpeluang untuk berinteraksi secara terus dengan Konsul Jeneral Malaysia, Encik Francisco Munis. Pelbagai soalan-soalan telah dikemukakan oleh Ketua/Wakil pelajar-pelajar berkenaan dan suasana Majlis amatlah meriah dan produktif. Pelajar dan pihak Konsulat Jeneral Malaysia berharap untuk dapat mengadakan sessi tersebut lagi di tahun hadapan dengan kesemua pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Wilayah Guangdong, Republik Rakyat China.

 

Gambar 3: Jamuan Makan Malam Selepas Sessi Interaksi

 

Share:
Link copied to clipboard
Back