Majlis pertemuan bersama rakyat sempena Hari Raya Eidul Fitri telah diadakan pada 8 Oktober 2008, di Shangri-La Hotel, Guangzhou dengan mendapat sambutan meriah. Majlis ini telah dijayakan bersama ahli Jawatankuasa Malaysia Association of Guangdong (MAG) dan Gabungan Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia di Universiti-universiti Tempatan Guangzhou.
Seramai 150 orang telah hadir dan kebanyakannya para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di beberapa buah institusi penggajian tinggi di Guangzhou.
Majlis pada petang itu telah dimulakan dengan ucapan oleh Encik Roslan Abdul Rahman. Dalam ucapannya beliau mengajak rakyat Malaysia bersama-sama berpadu tenaga meningkatkan martabat bangsa dan Negara dan seterusnya memelihara nama Negara. Beliau juga menegaskan agar semangat muhibbah antara rakyat Malaysia dapat dipupuk sekaligus bangga untuk menjadi rakyat Malaysia.
Kemesraan terserlah di wajah setiap rakyat Malaysia yang hadir, membayangkan kecintaan mereka terhadap negara. Di samping itu, perjumpaan ini memberikan mereka peluang bertukar-tukar maklumat mengenai perniagaan kerana kebanyakan mereka terdiri dari mereka yang bertugas di syarikat-syarikat antarabangsa di peringkat pengurusan tinggi.
Pada umumnya mereka sentiasa menyambut baik langkah kerajaan menganjurkan majlis pertemuan seperti ini sekurang-kurangnya rindu mereka terhadap tanahair terubat.