Satu Pertandingan Badminton telah dianjurkan oleh Persatuan Rakyat Malaysia dan Persatuan Pelajar Malaysia di Guangdong pada 18 Mei 2013. Seramai lebih kurang 50 peserta yang terdiri daripada rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan di Dewan Badminton, South China University of Technologu, Guangzhou. Empat orang kakitangan HBS Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou juga turut menyertai pertandingan tersebut.
Gambar: Encik Abdul Razak Junaidi, Atase Imigresen yang mewakili Konsul Jeneral menyampaikan ucapan sewaktu acara pembukaan pertandingan.
Sewaktu acara pembukaan Pertandingan Badminton tersebut, Encik Abdul Razak Junaidi, Atase Imigresen yang mewakili Konsul Jeneral telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua Persatuan tersebut yang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktiviti yang dapat merapatkan lagi semangat muhibbah di kalangan rakyat Malaysia yang bermastautin di Guangzhou. Encik Abdul Razak juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.
Gambar: Encik Abdul Razak Junaidi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.