Pada 14 April 2012 (Sabtu), Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou telah menganjurkan program Majlis Bersama Rakyat Malaysia di Hotel Sofitel, Guangzhou bermula jam 11.00 pagi. Lebih 150 rakyat Malaysia telah hadir pada Majlis tersebut. Objektif penganjuran Majlis berkenaan adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan berkaitan Perkhidmatan Konsular serta mempromosikan Program ‘Talent Corp’ di kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang bermastautin di Guangzhou.
Sewaktu Majlis berkenaan, Konsul Jeneral telah memberi ucapan dan penerangan berkaitan Perkhidmatan Konsular dan program Talent Corp serta faedah-faedah yang ditawarkan disamping menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan. Pihak Persatuan Rakyat Malaysia Guangdong juga telah mengambil peluang sewaktu Majlis tersebut untuk melancarkan laman web terbaru mereka.