Mission News

Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII Perwakilan Guangzhou Bagi Tahun 2009

23 June 2009 1 views

 

 
 
 

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA  BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XIII PERWAKILAN  GUANGZHOU BAGI TAHUN 2009


 

Sambutan   Hari Keputeraan  Seri  Paduka Baginda Yang  Di Pertuan Agong XIII   telah diadakan di  Crystal Ballroom, China  Hotel, A  Marriott Hotel, Liu Hua  Lu Guangzhou  pada hari  Sabtu 6 Jun  2009.  Acara sambutan     Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XIII bermula  pada jam  1600 petang  hingga 1800 malam.

 

 

 

Majlis tersebut telah disambut dengan lancar dengan dihadiri oleh tetamu jemputan seramai 150 orang, termasuk Ahli- Ahli Perniagaan Malaysia di Zhongshan, Ahli- Ahli Perniagaan Malaysia di Zhuhai, Ahli Persatuan ?Malaysia Association Guangzhou?(MAG) yang meliputi Shenzhen, Dongguan dan Guangzhou, Ahli-ahli persatuan pelajar-pelajar Malaysia daripada  Universiti Jinan serta pegawai-pegawai dan kakitangan  daripada  Jabatan Atase  Imigresen, MATRADE, MIDA, TOURISM, PDRM yang dibawah  naungan  Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia, Guangzhou.

 

 

 

Malawakil telah memulakan acara tersebut dengan bacaan  doa  oleh saudara  Mohammad  Suhail   pelajar  daripada Universiti  Jenan,  Guangzhou,  lagu  Negara Ku diikuti dengan  ucapan daripada  Encik Roslan  Abdul Rahman, Konsul Jeneral  sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.   Dalam  ucapan Konsul  Jeneral beliau telah  memberikan ingatan pada  semua rakyat  Malaysia termasuk pelajar,  ahli perniagaan serta  semua pegawai dan  kakitangan  yang  berada  di Guangzhou   supaya  bersatu  padu  sebagai  ?Satu  Malaysia? seperti  yang telah disarankan  oleh    YAB Perdana  Menteri  serta memantapkan  lagi  imej Malaysia  di  luar  negeri.

 

 

 

Para  tetamu  mengambil  peluang ini untuk mendapat berita  serta  perkembangan terkini mengenai Malaysia, disamping  beramah mesra  dengan  rakyat  Malaysia  yang  berada di Guangzhou. Para tetamu  dijemput untuk menjamu selera dengan makanan yang  disediakan oleh pihak hotel  dengan menu nasi goreng, cucur  udang, ayam  goreng, cake   dan buah-buahan dengan tambahan menu masakan  Malaysia yang disediakan oleh  Ahli-ahli Perwakilan  seperti  meehun goreng, karipaf, roti  canai dan kari  ayam serta kuih-kuih  traditional Malaysia.

       
        
        
    


 

 
Share:
Link copied to clipboard
Back