Mission News

MAJLIS PERASMIAN PAVILION MALAYSIA DI CHINA FRANCHISE 2025

13 August 2025 1 views

Pada 9 Ogos 2025, Encik Mohd Shahafeez bin Shaharis, Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai telah menghadiri Majlis Perasmian Pavilion Malaysia di China Franchise 2025 yang disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

 

Penyertaan Malaysia di ekspo yang diadakan di Shanghai New International Exhibition Center (SNIEC) tersebut bertujuan untuk membuka akses baharu kepada jenama francais tempatan bagi menembusi pasaran antarabangsa khususnya China yang merupakan antara ekonomi terbesar dan paling pesat berkembang di dunia.

 

Misi kali ini menyaksikan penyertaan 9 jenama francais Malaysia iaitu Marrybrown, HOME Maths Therapy, Q-Dees, Smart Reader Kids, Midyson, US Pizza, Kenny Rogers Roasters, D’Sara Fried Chicken dan Happy Potato.

 

 

 

 

 

     

Share:
Link copied to clipboard
Back