Pada 28 November, Jabatan Pengurusan dan Kewangan Islam, Universiti Malaya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsul Jeneral Malaysia di Xi'an sebagai sebahagian daripada Program Mobiliti Pelajar ke China. Kunjungan ini yang diketuai oleh Professor Dr. Ilhamie Binti Abdul Ghani Azmi bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta mendapatkan maklumat berkaitan peluang kerjasama akademik dan kebudayaan yang dapat dimanfaatkan oleh para pelajar.
Melalui program mobiliti ini, pelajar menerima pendedahan antarabangsa merangkumi aspek akademik, budaya dan jaringan profesional, selaras dengan usaha Universiti Malaya memantapkan pengalaman pembelajaran global untuk para pelajarnya.




