Pada 26 November 2024, KJM Xi’an telah mengadakan lawatan ke WJ Education untuk mendengar dan mendapatkan pencerahan mengenai proses dan prosedur yang perlu diuruskan bagi pendaftaran dan kemasukan pelajar dari China ke Malaysia serta dari Malaysia ke China. Maklumat yang diperolehi amat berguna sekiranya KJM Xi’an berjumpa dengan pemegang taruh yang ingin memahami proses dan ingin mendapatkan maklumat berkaitan pelanjutan pengajian tinggi di Malaysia.
