Mission News

Majlis Berbuka Puasa bersama Rakyat Malaysia di Xi'an

24 March 2025 1 views

Pada 21 Mac 2025, menjadi kebiasaan seperti tahun-tahun yang terdahulu Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhwah bersama rakyat Malaysia yang berada di Xi’an. Seramai 40 orang yang terdiri daripada tenaga pengajar dan termasuk keluarga HBS meraikan majlis ini. Jemputan mula berkumpul di konsulat sekitar jam 6.30 petang sambil menunggu waktu untuk berbuka puasa. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan diikuti oleh solat Maghrib berjemaah. Sejurus selepas solat Maghrib, jemputan dijamu dengan juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Konsulat dan para tetamu secara 'potluck'. Selesai makan malam jemputan menunai solat Isyak dan Tarawikh berjemaah sebelum majlis bersurai sekitar jam 10.30 malam.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back