Mission News

MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

12 March 2018 1 views

Pada hari Sabtu, 10 Mac 2018, satu Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina telah diadakan di Konsluat Jeneral Malaysia di Xi'an.  Program dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Konsul Jeneral dan diikuti dengan upacara Lo Sang (prosperity toss) serta majlis beramah mesra bersama warga Malaysia yang menetap di Xi'an termasuk pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka di universiti-universiti utama di Xi'an.

 

Secara keseluruhannya, semua rakyat Malaysia yang menghadiri majlis berkenaan amat gembira kerana dapat menikmati juadah yang disediakan oleh PERWAKILAN iaitu rendang daging, sayur campur, sup ikan, char kuey teow, karipap, kek batik dan juadah lain selain dapat beramah mesra di antara satu sama lain.  Majlis yang dianjurkan oleh pihak Konsulat Jeneral dapat  mengumpulkan sebilangan besar rakyat Malaysia yang menetap di sini.

 

MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 

MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 

MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 

MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 

MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 

MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back