Mission News

BIRO PENGADUAN AWAM (PUBLIC COMPLAINTS BUREAU), JABATAN PERDANA MENTERI.

30 September 2025 1 views

Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah mewakili Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam menerima pengiktirafan Sijil Penarafan ‘PLATINUM’ Dalam Mengurus Aduan Awam Secara Berkesan, daripada Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Pengiktirafan ini disampaikan semasa Majlis Apresiasi Penarafan Pengurusan Aduan Awam Kementerian Tahun 2025 anjuran Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau), Jabatan Perdana Menteri pada 30 September 2025 di Putrajaya. KSN dalam ucapan perasmiannya menegaskan kepentingan pengurusan aduan awam yang cekap dan cemerlang sebagai cerminan tahap kepuasan rakyat terhadap mutu perkhidmatan kerajaan. Pengiktirafan ini adalah sebagai pemangkin kepada kementerian-kementerian untuk meningkatkan kecekapan, kualiti penyampaian perkhidmatan serta menggalakkan inovasi dalam pengurusan aduan awam. Turut hadir dalam majlis ini ialah Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, TKSU Khidmat Pengurusan. Ini membuktikan komitmen dan iltizam pengurusan tertinggi KLN dalam pengurusan aduan dan maklum balas pelanggan serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di dalam dan luar negara. Penghargaan dan ucapan terima kasih turut disampaikan kepada Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA dan seluruh pasukan BPA atas pencapaian penarafan ini.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back