Forum Perniagaan dengan Ahli Perdagangan Mesir telah diadakan pada 5 Jun 2008 bertempat di Cairo Marriot Hotel bersempena dengan 6th Middle East and North Africa International Franchise Licensing and Exhibition 2008 (MIFE 2008). Forum ini telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, MECD Y.Bhg.Dato’ Musa bin Muhamad dan disertai oleh Pengarah Urusan PNS, Tuan Syed Kamaruzzaman Syed Zainol Khodki Shahabuddin, Setiausaha Agong MFA, Puan Hasma Ahmad dan Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pembangunan Francais Mesir, Dr. Hatem Zaki serta wakil-wakil francaisor tempatan.
Forum perniagaan ini telah dihadiri oleh 60 usahawan Mesir yang berminat untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia. Hasil daripada forum tersebut usahawan-usahawan Mesir khususnya berminat untuk meluaskan jaringan perniagaan di Malaysia dan menjadi Master Franchisee bagi produk-produk Malaysia di negara mereka. Didapati potensi jalinan perniagaan ini adalah tinggi memandangkan Malaysia menghasilkan produk-produk dan perkhidmatan halal yang diyakini oleh pasaran di Timur Tengah.
Mission News
Forum Perniagaan dengan Ahli Perdagangan Mesir
04 June 2008
1 views