1. Tarikh permohonan undi pos luar negara adalah pada 23 Januari 2018 dan akan ditutup pada hari pembubaran Parlimen. Permohonan yang diterima selepas jam 12.00 malam pada hari pembubaran Parlimen tidak akan diproses.
2. Bagi maksud permohnan undi pos, warganegara Malaysia yang berada di luar negara mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Mestilah seorang pemilih berdaftar (kategori Pengundi Biasa dan bukan Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara);
- Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubarab Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa; dan
- Menetap di luar negara (KECUALI bagi mereka yang tinggal di selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan wilayah Kalimanatan Indonesia tidak layak diberikan kemudahan untuk mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan.
3. Permohonan perlulah menggunakan Borang 1B yang telah diisi lengkap dan dihantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya melalui kaedah-kaedah yang berikut:
- Melalui emel kepada upup@spr.gov.my
- Melalui faks ke 03-8881 0424 / 0399 / 0386 / 0369
- Melalui pos ke alamat,
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Menara SPR, No. 2 Jalan P2T
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
621000 Putrajaya
(u.p. Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
4. Bagi maksud PRU-14 akan datang, penghantaran kertas undio pos akan diuruskan sepenuhnya oleh POS Malaysia Berhad dan tidak lagi melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
5. Sebarang pertanyaan berhubung undi pos luar negara boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian 03-8881 0081 atau melayari website SPR di http://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.