Mission News

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

18 April 2013 1 views

                                        KENYATAAN  MEDIA

 

SURUHANJAYA  PILIHAN  RAYA  MALAYSIA

 

PENYERAHAN  DAN  PENERIMAAN  BALIK  SAMPUL  KEUTAMAAN

 

 

1. Mulai Pilihan Raya Umum Ke-13, SPR telah membuat ketetapan

kepada semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara

dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) untuk menerima kertas undi pos di

Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sebagaimana

yang dipohon.

 

2. SPR bercadang untuk membuat penyerahan dan penerimaan balik

    Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di Pejabat-

    pejabat Perwakilan Malaysia pada ketetapan seperti yang berikut;

 

    Pejabat   Perwakilan   Malaysia   di   London,   United   Kingdom   dan

    Melbourne,   Australia:

                   Tarikh         :        28 April 2013 (Ahad)

                   Masa           :        9.00 a.m hingga 8.00 p.m

 

   Semua  Pejabat-Pejabat  Perwakilan  Malaysia  yang  lain:

                   Tarikh         :        28 April 2013 (Ahad)

                   Masa           :        9.00 a.m hingga 6.00 p.m

 

3. SPR menetapkan masa penyerahan dan penerimaan balik Sampul

    Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di Pejabat

    Perwakilan Malaysia di London, United Kingdom dan Melbourne,

    Australia dilanjutkan selama 2 jam berbanding Pejabat-Pejabat

    Perwakilan yang lain disebabkan Pejabat-Pejabat Perwakilan

    Malaysia berkenaan mempunyai jumlah pengundi pos melebihi 1,000

    orang.

 

 

4. Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan PTH

    hendaklah hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia dengan

    menunjukkan Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa kepada

    petugas-petugas SPR di Pejabat Perwakilan yang berkenaan.

    Sampul Keutamaan TIDAK akan diserahkan kepada mereka yang

    tidak membawa dokumen pengenalan diri. Wakil atau saudara juga

    tidak dibenarkan mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak individu

    yang lain.

 

5. Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan PTH yang

    hadir ke Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia akan diserahkan

    Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos. Kertas undi

    yang telah ditanda perlu dimasukkan ke dalam Karung Khas SPR

    yang disediakan di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar

    negara. Sampul-Sampul yang mengandungi kertas undi pos di dalam

    Karung Khas SPR tersebut akan dibawa pulang ke Malaysia pada

    hari yang sama untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus

    Bahagian Pilihan Raya masing-masing.

 

6. Namun demikian, sekiranya terdapat Warganegara Malaysia yang

    tinggal di luar negara atau PTH mengambil Sampul Keutamaan

    selepas hari penyerahan atau mengembalikan Sampul yang

    mengandungi kertas undi pos selepas tarikh dan masa yang

    ditetapkan, mereka dikehendaki menguruskan sendiri urusan

    penghantaran balik ke Pejabat Pegawai Pengurusan Bahagian Pilihan

    Raya yang berkaitan dan dengan perbelanjaan sendiri.

 

7. Sehingga kini semua Borang IB telah dihantar ke Pejabat Pegawai

    Pengurusan Bahagian Pilihan Raya masing-masing (Parlimen) untuk

    tujuan kelulusan Pegawai Pengurus. Warganegara Malaysia yang

    tinggal di luar negara dijangka boleh membuat semakan mengenai

    keputusan permohonan mengundi melalui pos dan maklumat yang

    berkaitan dengan tarikh, masa dan alamat Pejabat Perwakilan

     Malaysia di luar negara di laman web SPR di www.spr.gov.my

     bermuda pada 19 April 2013.

 

 

 

Sekian dan terima kasih

 

 

……………….t.t……………………..

(DATUK  KAMARUDDIN  MOHAMED  BARIA)

 

Setiausaha

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

15 April 2013.

  

Share:
Link copied to clipboard
Back