1. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Suva, Fiji telah mengadakan ”Majlis Bersama Rakyat Malaysia” pada hari Sabtu, 8 Ogos 2009 di Fiji Beach Resort & Spa, Denarau di Nadi, Fiji. Majlis ini telah diadakan untuk satu hari sahaja setelah mengambil kira peruntukan yang diluluskan. Majlis bermula pada pukul 7.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam.
2. Lokasi tersebut dipilih kerana kebanyakan rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia tinggal di kawasan Nadi di mana kedudukannya adalah 3 jam perjalanan dari pusat bandar Suva.
3. Majlis ini diadakan untuk bertemu rakyat
4. Tujuan utama Malawakil
5. Pemangku Pesuruhjaya Tinggi juga meminta rakyat
6. Secara keseluruhannya, objektif program ini telah dapat dicapai dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah berjaya memberi penerangan mengenai isu-isu berkaitan Malaysia yang timbul pada masa sekarang, di samping dapat memberi peluang kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai pelbagai isu. Majlis ini juga dapat merapatkan lagi perhubungan di antara rakyat Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Fiji memandangkan program seperti ini telah lama tidak diadakan. Mengikut rekod Malawakil, kali terakhir program ini diadakan adalah pada tahun 2004. Justeru itu, Malawakil bercadang untuk mengadakan program seperti ini setiap tahun supaya dapat mengemaskini data rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Fiji, dan juga supaya Suruhanjaya Tinggi Malaysia dapat melaksanakan perkara-perkara yang telah diutarakan seperti di atas.