Majlis perasmian Bangunan Asrama MARA telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Noh bin Omar pada 7 Jun 2008. Bangunan Asrama MARA yang beralamat di No.17, Sezostrice Street, Iskandariah telah dibeli dan diubahsuai dengan kos bernilai USD$ 3.9 juta. Bangunan 11 tingkat yang dapat menempatkan lebih kurang 154 orang pelajar tajaan MARA ini juga akan dijadikan sebagai ruang pejabat, dewan serbaguna, ruang pameran, rumah pegawai, dan kafetaria yang berasaskan Malaysia Kitchen. Pembelian bangunan ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah penempatan pelajar-pelajar tajaan MARA di sana.
Majlis perasmian ini telah dihadiri lebih daripada 100 orang pelajar tajaan MARA yang sedang menuntut di universiti-universiti terkemuka di Mesir. Dalam ucapan perasmian tersebut YB telah mengumumkan kadar kenaikan elaun pelajar-pelajar tajaan MARA di sana sejajar dengan keputusan kerajaan.
Mission News
Perasmian Bangunan Asrama MARA di ISkandariah, Mesir
06 June 2008
1 views