Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, semasa Mesyuarat Peringkat Menteri Menyokong UNRWA di New York pada 25 September 2025 menegaskan komitmen Malaysia untuk terus menyokong mandat UNRWA dalam menyediakan bantuan dan perlindungan kepada pelarian Palestin. Malaysia akan menyalurkan dana tambahan berjumlah USD25 juta dalam bentuk bantuan kemanusiaan serta pembinaan semula Gaza sebagai tanda komitmen berterusan Malaysia untuk menyokong rakyat Palestin.
