Mission News

URUSAN PILIHANRAYA UMUM KE-14 (PRU-14)

10 April 2018 1 views

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima Perisytiharan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berhubung pembubaran Parlimen Penggal Ke -13 pada 7 April 2018 dan diikuti oleh pemakluman rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat berhubung dengan Pembubaran Parlimen Penggal Ke-13 serta Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi semua Negeri dan DUN-DUN bagi semua Negeri.


2.         Sehubungan dengan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas berkaitannya pada 10 April 2018 dan menetapkan bahawa satu Pilihan Raya Umum Ke-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Pembubaran Parlimen Ke-13. Bagi maksud menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-14 ini, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:

 

Tarikh Keluar Writ                  :           11 April 2018

Hari Penamaan Calon        :           28 April 2018

Hari Mengundi Awal           :           5 Mei 2018

Hari Mengundi                      :           9 Mei 2018

 

3.         Bagi melancarkan lagi kaedah penghantaran undi pos bagi pengundi di luar negara pada PRU-14 ini, SPR telah memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad (PMB) sepenuhnya dalam urusan penghantaran sehala. Sampul-sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi untuk pengundi-pengundi di luar negara meliputi Kategori 1B dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) pada PRU Ke-14 kali ini. Walau bagaimanapun, penghantaran balik Sampul-sampul B yang mengandungi kertas undi ke Malaysia pula adalah menjadi tanggungjawab pengundi itu sendiri termasuk kos penghantaran yang tidak ditanggung oleh SPR.   

 

4.        Untuk makluman, kertas undi pos bagi PTH dan Pengundi Pos yang layak, akan diposkan oleh PMB dua (2) hari selepas tarikh penamaan calon.  Tempoh penghantaran balik semula undi pos perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus di Malaysia pada hari pengundian iaitu hari Rabu, 9 Mei 2018  sebelum jam 5.00 petang.  Perkara ini adalah penting untuk diberi perhatian sewajarnya memandangkan tempoh berkempen pada PRU kali ini hanyalah 11 hari sahaja.

 

5.         Sehubungan itu, semua rakyat Malaysia yang mengundi pos di luar negara digesa untuk tidak melewat-lewatkan penghantaran balik kertas undi pos berkenaan bagi mengelakkan kelewatan penerimaan di Pejabat Pegawai Pengurus.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back