Mission News

HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE - 52 DI ACCRA

14 September 2009 1 views

Sambutan Hari Kebangsaan ke-52 tahun 2009 telah disambut secara sederhana tahun ini pada 5 September 2009 kerana tarikh sambutan jatuh pada bulan Ramadhan dan juga bagi menyahut  seruan Wisma Putra  agar Perwakilan berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Pada tahun ini, Perwakilan Accra hanya mengadakan majlis berbuka puasa di kediaman PYT Pesuruhjaya Tinggi, Dato' Hajjah Razinah Hj Ghazali. Para tetamu yang diundang adalah seramai 60 orang yang terdiri dari beberapa orang rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing; HBs dan LRSs; Friends of Malaysia; Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid Banda ( masjid yang dikunjungi oleh HBs pada setiap Jumaat); Pegawai-Pegawai dari Bahagian  Islam, Pejabat Presiden Ghana; Kakitangan Yayasan Darul-Iman; dan jiran tetangga.
 

Majlis bermula dengan bacaan Quran, disusuli dengan jamuan ringan untuk berbuka puasa dan seterusnya  menunaikan solat Magrib dan diikuti kemudian dengan solat Isya' dan Tarawih. PYT Pesuruhjaya Tinggi menyifatkan bahawa Majlis yang sederhana itu telah berjaya menjalinkan silatur-rahim dikalangan rakyat Malaysia dan Ghana khususnya Muslimin dan Muslimah dalam suasana kemesraan. Kalangan tetamu telah  menyuarakan rasa bertuah dan gembira kerana mendapat undangan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Majlis sedemikian yang jarang kali diadakan oleh mana-mana Perwakilan asing dari negara Islam. Mereka mendoa'kan agar Malaysia akan terus aman dan makmur disamping meneruskan perjuangan mempertahankan kepentingan ummah Islam di persada antarabangsa.

Share:
Link copied to clipboard
Back