Mission News

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-59 di Jakarta, Indonesia

08 September 2016 1 views

 

 

 

 

 

 

 

 

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-59 telah diadakan pada 7 September 2016 di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.

 

Majlis ini dimulai dengan nyanyian Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara Malaysia dan Indonesia, diikuti dengan bacaan doa, ucapan TYT Ambassador Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia dan Bapak Dr. Sofyan Djalil, Menteri Agraria dan Tata Ruang Republik Indonesia, serta persembahan lagu patriotik Malaysia oleh pelajar-pelajar dari Cempaka International School yang dijemput khas dari Kuala Lumpur. Turut hadir di Majlis ini adalah pegawai-pegawai dari Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN, Kedutaan Besar Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan Malaysia di Indonesia, tetamu-tetamu diplomatik, ahli-ahli perniagaan, rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia yang bermastautin di Indonesia.

 

Dalam ucapannya, TYT Ambassador Dato' Seri Zahrain memaklumkan bahawa hubungan di antara Malaysia dan Indonesia telah wujud sebelum kedua-kedua negara mencapai kemerdekaan lagi. Walaupun ekonomi Malaysia yang perlahan pada tahun 2015, jumlah perdagangan di antara Malaysia dan Indonesia menunjukkan peningkatan sebanyak RM1 billion dari jumlah keseluruhan perdagangan pada tahun 2014, iaitu RM60.16 billion. Bapak Dr. Sofyan Djalil pula dalam ucapannya menyatakan bahawa perdagangan dengan Malaysia turut membantu perkembangan ekonomi Republik Indonesia, terutamanya dari segi pelancongan dan pembangunan.

 

Selain meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-59, para tetamu turut dihidangkan dengan juadah istimewa Malaysia seperti Nasi Lemak, Kuey Tiaw Goreng Penang, Mee Udang, Satay Malaysia, kuih muih dan Air Batu Campur (ABC).

 

Share:
Link copied to clipboard
Back