Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Kediaman Duta Besar Malaysia, Datin Paduka Halimah Abdullah pada 8 Ogos 2013. Pelbagai jenis juadah tradisional serta minuman telah disedaikan pada hari tersebut termasuklah nasi minyak, rendang daging, ayam masak merah, lontong, kuah kacang, nasi himpit serta pelbagai kuih raya. Majlis ini dihadiri oleh pegawai-pegawai Kedutaan serta keluarga dan segelintir warga Malaysia yang bekerja atau menetap di Rome. Majlis ini dimeriahkan dengan acara pemberian duit raya oleh Duta Besar kepada kanak-kanak dan persembahan karaoke oleh pegawai-pegawai Kedutaan.