Pada 10 November 2025, TYT Ambassador Mohd Adli Abdullah dan isteri, Puan Intan Zurina Dollah, telah berbesar hati menghoskan sebuah majlis makan malam (networking dinner) di Rumah Malaysia untuk delegasi misi perniagaan dari Malaysia yang diketuai oleh wakil dari Pejabat MIDA Istanbul. Majlis ini menjadi ruang mesra untuk para tetamu berinteraksi secara santai sambil menikmati juadah tradisional Malaysia yang disediakan oleh ahli-ahli Perwakilan.
Turut memeriahkan majlis ialah pegawai serta ahli keluarga Home-based Staff. Kehadiran semua pihak bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama warga Kedutaan, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menyokong usaha memperkukuh hubungan perniagaan Malaysia–Kazakhstan.


