Mission News

Majlis Makan Tengahari di Rumah Malaysia

08 October 2025 1 views
4 Oktober 2025 - TYT Ambassador Mohd Adli Abdullah, dan isteri Puan Intan Zurina Dollah telah berbesar hati menghoskan satu majlis makan tengahari di Rumah Malaysia bagi meraikan ahli baru keluarga besar Malawakil Astana, iaitu Setiausaha Kedua, En. Shaharudddin Aziz dan isteri Puan Maziah Mukktaruddin. Majlis tersebut turut dihadiri pegawai serta ahli keluarga Home-based Staff dan Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT), serta rakyat Malaysia yang bermastautin di Astana dan sekitarnya.
Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk merapatkan tali silaturahim di antara pegawai-pegawai serta kakitangan Kedutaan Besar, dengan rakyat Malaysia di Astana. Tetamu-tetamu telah dijamu dengan pelbagai masakan Malaysia seperti kuzi ayam, dendeng daging kuda, sambal telur, bergedel, bihun sup, ulam-ulaman dan sambal belacan, air jus serta teh tarik.
 
Share:
Link copied to clipboard
Back