Mission News

Sambutan Hari Sukan Negara 2017, Astana, Kazakhstan 14 Oktober 2017

30 October 2017 1 views

 

 

     Hari Sukan Negara (HSN) ialah agenda nasional Malaysia untuk menuju wawasan 2020 dengan melahirkan lebih ramai rakyat yang sihat dan dapat meningkatkan produktiviti rakyat. Oleh itu, selaras dengan seruan Kerajaan untuk melahirkan masyarakat bersukan (sporting nation) melalui penganjuran HSN, Malawakil Astana telah memilih untuk mengadakan kejohanan badminton yang merupakan antara sukan kegemaran masyarakat di Malaysia pada tahun 2017 ini.

 

     Kejohanan badminton ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 14 Oktober 2017 dan telah bermula pada jam 12:00 tengahari dan telah berakhir pada jam 02:00 petang. Acara ini diadakan bertempat di QSI International School, Astana, Kazakhstan.

 

     Ambassador Syed Bakri telah merasmikan HSN ini dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya memulakan cabutan undian bagi menentukan pasukan yang akan bertanding bagi kejohanan badminton ini.  Sukan yang dianjurkan ini juga turut disertai oleh rakyat Malaysia di Kazakhstan, kakitangan ambilan tempatan (KAT) di Perwakilan dan juga masyarakat tempatan seperti yang telah dinyatakan diatas. Kesemua yang terlibat telah menunjukkan semangat sukan yang tinggi semasa aktiviti tersebut dilaksanakan.

 

     Pihak Kedutaan, rakyat Malaysia serta tetamu yang hadir juga telah memberikan maklumbalas yang positif terhadap aktiviti sukan ini. Mereka pada amnya, gembira kerana berpeluang untuk bersukan disamping berpeluang untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan di antara satu sama lain.

 

   Justeru itu, Malawakil berharap agar aktiviti bersukan seperti ini akan dapat diteruskan oleh Malawakil di masa hadapan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif, terutamanya dikalangan pihak Kedutaan, rakyat Malaysia serta rakyat di negara Kazakhstan.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back